Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

03 June 2005

Bismillah II

Aku nak sambung lagi pasal bismillah ni... nak faham Allah yang pertama skali kita memang kena tahu sifat2 Allah iaitu dengan nama2 Allah. Lepas tu yang kedua pulak, untuk faham Allah, kita kena tahu kehendak Allah. Sebagai contoh yang paling senang la untuk orang faham pasal kehendak ni ialah ibu bapa kita. Bila kita dah kenal dan faham sangat dgn ibu bapa kita, mestilah kita dah tau apa kehendak diorang. Biasanya kita kenalah belajar rajin2, dengar nasihat diorang, sopan santun, jadi anak yg baik dan mcm2 lagi.

Untuk kita tahu kehendak Allah yang sebenarnya kita rujuk Al Qur'an. Dalam surah Adz Zaariyaat(51) ayat 56;
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"

Ayat diatas Allah sebut jin dan manusia. Jadi disebabkan kita ni manusia, kita wajib menyembah Allah. Dan itulah sebenarnya kehendak Allah. Tapi kebanyakkan manusia hari ni langsung tidak memerhatikan kalimah Allah ni. Banyak yang dok sembah berhala-berhala zaman moden yang kebanyakkan manusia tidak menyedarinya. Berhala ni ada banyak sebenarnya, cuma yang jelas ialah patung2. tapi sebenarnya berhala ni bukan dari jenis patung je, banyak lagi benda lain yang boleh dikategorikan sebagai berhala.

Aku definasikan berhala ni sebagai sesuatu benda atau perkara yang apabila ada manusia yang menghalakan dirinya pada benda atau perkara tersebut bukan kerana Allah dipanggil berhala. Buleh terima ke? boleh kot... pikirlah ape benda lagi yang boleh dikategori sebagai berhala.

Berbalik pada bab tadi... bila dah tahu kehendak Allah, yang ketiganya kenalah tahu macam mana nak sembah Allah pulak. Iaitu, cara yang sebenar untuk kita sembah Allah atau pun mengabdikan diri pada Allah. Surah Al Baqarah(2) ayat 208 ada menyebut cara Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Masuk Islam secara keseluruhan...? tapi ayat tu bagitau pada orang2 yang beriman? aik? Jadi sebenarnya orang2 yang beriman ni masih ada yang dok turut langkah2 syaitan. Belum lagi masuk Islam sepenuhnya. Jadi kena fikir balik macam mana keadaan diri kita sendiri.

Bila dah tahu sifat2 Allah, kehendak Allah, cara Allah; kita juga perlu ikut peraturan2 yang ditetapkan Allah atau aturan Allah. Yang ni penting nih, itu la pasal orang yang beriman tu belum lagi Islam sepenuhnya disebabkan; Surah An Nuur(24) ayat 1;
"(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum2 yang ada didalam)nya, dan Kami turunkan ayat-ayat yang jelas agar kamu selalu mengingatinya."

Hukum2 tu aturan Allah. Kalu kita kerja kat mana2 pun ada aturan2. Kerja masuk kul 9pagi, tapi kul 11pagi baru sampai. kalu sekali dua kali takpe lagi, tapi kalu berkali2 mesti kena buang kerja punya.
Allah dah mewajibkan aturan-Nya, sekali dua tak ikut mudah-mudahan Allah maafkan, tapi kalu dah berkali2 dok ikut aturan sendiri je... agak2 kena buang jugak ke? Manusia sendiri pun tak suka kalu dibuat aturan takde org ikut, inikan pula Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu. Pasti akan dilucutkan pegangan kita terhadap Islam. MasyaAllah!!

"Bismillah" = "Dgn nama Allah" = "Dgn faham Allah"
1. Sifat2 Allah
2. Kehendak Allah
3. Cara Allah
4. Aturan Allah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home