Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

30 May 2005

Bismillah

Pada posting yang lepas, aku telah mendapat komen yang pertama setelah menanti hampir 2 purnama. Alhamdulillah! jadi tanggapan aku tak salah kerana memang benar masih ada manusia yang benar2 berfikir dan mahu mengambil pelajaran. Aku sebenarnya dah berjanji pada aku sendiri, kalu ade org komen pasal posting aku ni, aku akan bongkarkan lebih banyak rahsia Al Qur'an yg kebanyakkan manusia tidak mengetahui. InsyaAllah!



Lafaz yg selalu kita dok baca bila nak memulakan sesuatu pekerjaan yang baik. tapi kekadang ade jugak org yang buat benda tak baik baca bismillah (aku rasa la...). Rasullullah s.a.w pernah bersabda dlm sebuah hadis yang bermaksud;
"Sesuatu perkara yang baik, yang tidak dimulai dengan bismillah, maka akan tertolak"

Jadi memang benar sangatla bismillah ni penting. Pada sesetengah org mungkin bismillah ni dah jadi satu rutin harian sebab dah biasa diamalkan. ade pulak yang baca bila time makan je. Ye lah, bila Allah dah kurniakan rezeki berupa makanan, baru nak ingat Allah.
Sebenarnya org tua kita pun selalu berpesan kalu nak buat apa2, baca bismillah dulu, takut2 nanti kita buat kerja dengan syaitan la pulak. Tapi kita kebanyakkannya ikut je pesan org tua kita tu, tapi tak mahu selidiki kenapa bismillah itu sangat2 penting dlm pekerjaan harian kita.

Kalu kita rujuk balik Al Qur'an, bismillah itu merupakan ayat pertama dalam surah Al Fatihah(Pembukaan). Tapi dlm surah2 lain ia hanyalah pembukaan surah dan bukannya ayat yang pertama kecuali surah At Taubah(Pengampunan) yang langsung tiada bismillah.
Aku rasa ramai yg tak tau pasal surah At Taubah(9) memang takde dan tidak didahului dengan bismillah. Kenapa ye? fikirkan.

Aku akan bongkarkan sedikit sahaja pasal bismillah ni supaya tidak timbul fitnah dikalangan manusia yang tidak dapat menerima peringatan aku. Aku akan ambik yang bismillah je.

"BISMILLAH" yg bermaksud Dengan (menyebut) nama Allah

Sebenarnya kalu dgn menyebut nama Allah saja memang tidak cukup untuk menggambarkan bismillah. Maksudnya lebih meluas dari itu. Jadi, cuba perhatikan "ISMI" @ "ISM". Sebenarnya inilah perkataan Arab yg ditiru oleh bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang membawa maksud FAHAM @ FAHAMAN. Contohnya, macam kita selalu dok sebut Nasionalism, Komunism dan mcm2 ism lagi yang membawa maksud Fahaman Nasionalis atau Fahaman Komunis dan mcm2 lagi yg seangkatannya.

Jadi, bismillah ni bukan sahaja bermaksud "Dengan nama Allah" je, tetapi juga "Dengan faham Allah". Kalu asyik dok sebut nama Allah je tetapi tak faham Allah rasa2 cukup ke? Jadi macam mana nak faham Allah? mmm....

Kalu nak faham Allah, pertama sekali kita mestilah tahu sifat2 Allah dan sifat2 Allah itu dapat kita ketahui "Dengan nama Allah" @ "Bismillah" iaitu Al Asmaa al Husna (99 nama2 Allah).

Beberapa nama2 Allah terdapat dalam Surah Al Hasyr(59) ayat 22-24:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

1 Comments:

  • At May 31, 2005 10:12 AM, Anonymous Anonymous said…

    bismillah; *wink*, sebut je x susah tp sebut dengan hati skali (tuk makna, faham, yakin) mujahadah gak.. cemane eh..

    jazakallah

     

Post a Comment

<< Home