Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

18 April 2005

Al Kitab III

Dalam Al Kitab II aku sebenarnya nak terangkan pasal ayat2 Al Qur'an yang jelas dan nyata tanpa keraguan, tapi dah terbukak pulak pasal orang2 jahil dan musyrik. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya dapat la sedikit pelajaran bagi orang2 yang berakal.
Jadi diharap agar keraguan terhadap Al Qur'an itu tidak lagi timbul kerana sudah jelas bahawa tidak ada satu pun ayat2 dalam Al-Qur'an yang bertentangan maksud dan pengertiannya. Siapalah yang lebih berilmu dari Allah Al 'Aliim (Yang Maha Mengetahui)?

Sebenarnya semua umat wajib berAl Qur'an; iaitu menempatkan Al Qur'an didalam hati mereka kerana Rasullullah s.a.w. hanya meninggalkan dua pusaka untuk umatnya. Sabda Rasullullah s.a.w.; "Kutinggalkan untuk kamu dua perkara, taklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya."
Maksudnya Nabi Muhammad s.a.w. hanya mempusakakan dua perkara diatas sahaja. Bukan harta, bukan lot rumah, bukan syarikat, bukan tanah, bukan ladang dan benda lain yang sewaktu dengannya. Oleh itu, secara kesimpulannya, kalau kamu berpegang pada harta, sesat; kalau berpegang pada lot rumah, sesat; kalau berpegang pada syarikat, sesat; kalau berpegang pada tanah, sesat; kalau berpegang pada ladang, sesat; dan kalau berpegang pada benda2 lain selain dari dua perkara diatas, kamu sesat.

Allah berfirman dalam surah At Taubah (9) ayat 115; "Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan sesuatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Kalu diperhatikan keadaan pada zaman ini, aku rasa ramai benar manusia yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersesat oleh kerana tak menggunakan petunjuk (Al Qur'an) yang telah diwayhukan kepada Rasulullullah s.a.w. dan disampaikan kepada sekelian manusia.

Kalu diperhatikan balik pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w., Kitabullah tu adalah Al Qur'an iaitu Petunjuk dan Sunnah Rasulullah tu sebenarnya Perlaksanaan petunjuk tersebut. Kalau dengan bahasa yang lagi mudah, Al Qur'an tu macam sebuah kitab Teori dan Sunnah itu adalah Praktikal . Contohnya macam kita beli mesin basuh la, biasanya akan diberi Buku Panduan ataupun Manual, lepas kita baca Manual tu baru la kita perbuat atau gunakan mesin basuh tu. Kalu kita baca betul2 Manual tu dan faham cara2 dan aturan mesin basuh tu, baru la kita tak sesat ataupun tersalah Operate mesin basuh tu.
Jadi..... korang pandai-pandai la fikir.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home