Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

22 April 2005

Al Kitab IV

"Bismillahirrahmaanirrahiim"
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,"
"Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah."
"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah."
"Yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam."
"Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Surah Al 'Alaq (96) ayat 1 - 5


Macam tu lah bunyinya dalam bahasa melayu wahyu pertama yang diterima oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Memang menjadi keinginan tiap2 orang Islam untuk dapat membaca dan memahami Al Qur'an dalam bahasa asalnya, iaitu bahasa Arab. Tetapi oleh sebab tiap2 orang tak ada kemampuan dan kesempatan yang sama, maka itulah Al Qur'an telah diterjemah ke dalam macam2 bahasa.
Yang aku dok baca pun terjemahan dari Departemen Agama Republik Indonesia. Tafsir pun ade jugak yang aku baca, tapi rasa2nya, terjemahan adalah lebih tepat.

Sebenarnya, terjemahan Al Qur'an ini dah jadi satu keperluan kerana Al Qur'an diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Firman Allah dalam surah Fushshilat (41) ayat 2 :
" Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui"


Jadi jelaslah disini bahawa penjelasan Al Qur'an dalam bahasa Arab adalah untuk kaum yang mengetahui bahasa Arab. Allah Maha Mengetahui; pasti ada dikalangan manusia yang merasakan sukar untuk memahami Al Qur'an jika hanya membacanya dalam bahasa Arab. Orang2 kita pun kebanyakkannya terlalu mempraktikkan untuk membaca dalam bahasa Arab, padahal Al Qur'an itu bukan untuk dibaca sahaja, tetapi untuk difahami dan dihayati. Dan Al Qur'an itu bukan untuk orang Arab saja, tapi untuk seluruh manusia. Namun kita mesti juga memuliakan bahasa Arab sebab Allah pun telah mengangkat darjat bahasa Arab sebagai bahasa asal Al Qur'an.

Firman Allah dalam surah Maryam (19) ayat 97;
"Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan Al Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang"
Allah telah mudahkan Al Qur'an dengan BAHASAMU. Aku orang Melayu, jadi bahasa aku Bahasa Melayu. Kalu orang Cina, Bahasa Cina. Kalu orang India, Bahasa Tamil. Sebabnya kalau nak bagi khabar gembira kat aku dalam bahasa Arab, memang aku tak paham. Bahasa Cina pun tak paham....mestilah dalam bahasa Melayu, baru aku tahu khabar gembiranya.

Ayat diatas dikukuhkan lagi dengan Firman Allah dalam surah seterusnya , iaitu surah Thaahaa (20) ayat 2 dan 3;
"Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)"
Al Qur'an ni bukan nak menyusahkan manusia, tetapi untuk mensejahterakan manusia. Islam kan maksudnya sejahtera. Jadi untuk mensejahterakan diri kita, sebaiknya kita kenalah faham isi kandung Al Qur'an. Jadi sambil2 dok baca dalam bahasa Arab tu, bacalah terjemahnya agar kita memahami ayat2 Allah. Jangan dok ingat nak menyedapkan bunyi bahasa Arab je, padahal tak tau bende pun. Lagu bukan main sedap...hampeh! Baik tak berlagu.... janji paham.

"Sesungguhnya Al Quran itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) rasul yang mulia, dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya. Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya."
surah Al Haqqah (69) ayat 40-42.
Ayat diatas menjelaskan bahawa orang yang dok melagu-lagukan dan syair-syairkan ayat2 Al Qur'an tu sebenarnya tidak beriman pada Al Qur'an. Sebenarnya keindahan ayat2 suci Al Qur'an bukan terletak pada lagunya, tetapi pada gaya bahasanya, iaitu susunan ayat2nya. Patutla orang2 Asia je yang dok menang Tilawah (Melagukan) Al Qur'an.... pasal diorang sibuk dok melagukan ayat2 Al Qur'an dan bukannya menghayati ayat2 Al Qur'an. Orang2 Arab ni asyik kalah je sebab depa ni tak berani nak lagukan ayat2 Al Qur'an disebabkan diorang paham sangat pasal peringatan2 dalam Al Qur'an. Jadi.... siapa yang tidak berfikir dalam bicara Tilawah Al Qur'an peringkat Antarabangsa/Kebangsaan? Penganjur ke? Pengadil ke? atau Peserta?



0 Comments:

Post a Comment

<< Home