Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

15 April 2005

Al Kitab II

Memangla Al Qur'an itu tiada keraguan sebab mana ada kitab kat dunia ni, baik pada zaman dulu sampai sekarang, yang dapat menyerupai isi kandung Al Qur'an. Malahan Allah sendiri berfirman "Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan pada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat yang semisal Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar" surah Al Baqarah(2) ayat 23.

Ditambah pulak dengan firman Allah dalam surah Al Israa' (17) ayat 88, Katakanlah:"Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain".

Tetapi Allah sememangnya Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Allah memang dah tahu yang tak akan ada manusia atau jin yang boleh buat kitab yang sama ataupun lebih kurang sama dengan Al Qur'an, jadi Allah berfirman; "Maka jika kamu tidak dapat membuat (Al Qur'an) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir." surah Al Baqarah (2) ayat 24.

Aku rasa dah jelaslah pasal isi kandung Al Qur'an, tak payahla nak ragu2 lagi sebab orang2 musyrik dan orang2 kapir je yang selalu ragu2 pasal Al Qur'an ni. Bagi aku kalau orang2 kapir ragu2 takpe sebab neraka tu memang disediakan untuk diorang (seperti ayat diatas), tapi aku risau pasal orang2 musyrik ni.... sebab umat manusia pada zaman ni tak sedar yang dirinya tu musyrik. Macam zaman Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. dulu, orang2 Quraisy dulu sebenarnya mengikut ajaran2 Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., sembahyang kat Ka'bah, korban kat Ka'bah, menunaikan haji, tapi diorang ni dah terpesong jauh disebabkan peredaran zaman. Peradaban kat Mekah masa tu dah kira maju sangat2 berbanding zaman Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Orang2 luar pun banyak yang datang berniaga dan beribadat kat Mekah, macam musim menunaikan haji la...

Oleh sebab itu, mungkin nenek moyang orang2 Quraisy ni rasa Ka'bah yang ada pada zaman moden masa tu tak cantik dan tak lawa, benci nak menengoknya, yelah kalu dah batu2 je yang membentuk Ka'bah tu memang le tak cantik. Seperti firman Allah yang menceritakan pasal benci, dalam surah Al Baqarah(2) ayat 216 "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".

Jadi depa ni letak la perhiasan2 yang berupa patung2 macam Hubal, Lat dan Uzza. Aku rasa pernah terbaca yang patung2 tu menyerupai orang perempuan cantik, tapi tak kisah la serupa apa pun, janji nampak cantik la konon. Dan zaman terus berubah dari generasi ke generasi yang menyebabkan diorang ni lupa tentang kebesaran Allah sebab orang2 generasi baru ni kebanyakkan mengikut je apa yang nenek moyang diorang buat. Asalnya memang nak menyembah Allah dan mencantikkan Ka'bah Allah, tapi dah pegi buat patung letak kat Ka'bah dan generasi yang kemudian ni pulak kebayakkannya bodoh, main ikut je, itu lah sebab orang2 Quraisy zaman Rasulullah di panggil orang2 Jahilliyah (bodoh/jahil) dan juga digelar Musyrikin Mekah sebab diorang ni tak sedar yang diorang dah mensyirikkan Allah atau menduakan Allah.

Macam firman Allah; Apabila dikatakan kepada mereka:"Marilah mengikut apa yang diturunkan Allah dan mengikut rasul", Mereka menjawab:" Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka akan mengikut juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat petunjuk? surah Al Maaidah(5) ayat 104.

Juga didapati dalam surah Al Baqarah(2) ayat 170; Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutlah apa yang diturunkan Allah", mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan ikut juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?

Jadi aku rasa zaman kita ni pun dah ada balik orang2 Jahilliyah (main ikut je apa yang nenek moyang kita buat dan tak rujuk balik Al Qur'an) dan orang2 Musyrikin (Tunduk kepada Allah tapi benda lain dok puja jugak).
Fikirkan.................


0 Comments:

Post a Comment

<< Home