Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

22 June 2005

Al Qur'an

Pada posting yg lepas, aku pernah menceritakan pasal Al Qur'an dibawah tajuk Al Kitab. Sekarang ni aku nak mengingatkan balik pasal kepentingan berAl Qur'an. Kenapa aku sungguh-sungguh benar nak kekawan tahu cerita pasal Al Qur'an ni adalah kerana, aku rasa aku bertanggungjawab untuk beri peringatan pada kekawan. Dalam Islam sebenarnya takde istilah 'kau..kau, aku...aku'. Dalam Islam juga takde istilah 'kalu mati, kubur masing2'. Memang takde langsung istilah2 tu, kerana Islam menyuruh umatnya selalu memberi peringatan dan berpesan-pesan.

Surah Yaasin(36) ayat 11;
"Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang2 yang mahu menerima peringatan, dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia."

Orang2 yang nak ikut atau menerima peringatan ni adalah yang takut pada Allah je. Yang tak nak terima tu sebabnya dia tak takut......
Berbalik pada crita kepentingan berAl Qur'an tadi, aku rasa semua orang Islam percaya pada Al Qur'an. Takde yang berani untuk menafikan Al Qur'an. Tapi untuk melaksanakan Kalimah2 Allah dalam Al Qur'an.... masih ada lagi yang ragu2. Suara2 sumbang yg biasa kita dengar seperti...tak sesuai pada zaman moden la.... tak relevan la.... apa lagi? mcm2 lagi aku rasa. Diorang tak pernah pikir agaknya macam mana orang2 Yahudi dan Kristian buleh maju di Eropah dan Amerika. Ilmu2 depa tu semuanya datang dari Allah Yang Maha Berilmu. Kitab2 depa tu lagi la kuno kalu nak dibandingkan dgn Al Qur'an. Tapi cuba perhatikan macam mana diorang explore kitab2 diorang dan melaksanakannya. Bukan setakat kitab diorang je... masa Perang Salib pun diorang ada curi ilmu2 Al Qur'an yang diteroka oleh ulama2 zaman Umaiyyah, Abbasiah dan Uthmaniyah. Yang menyebabkan diorang kafir ialah, diorang menurut sebahagian ayat2/ilmu2 Allah dan engkar pada sebahagian yang lain.

Jadi kita tak payah la nak ragu2 pasal Al Qur'an kan? Ikut je la....
Surah Al Baqarah(2) ayat 2;
"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa."

Allah juga berfirman dalam surah Al A'raaf(7) ayat 2;
"Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu kerananya, supaya kamu beri peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir) dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman"

Seterusnya surah Thaahaa(20) ayat 2-3;
"Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu jadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)"

Aku rasa ayat2 diatas tu dah cukup nak bagitau bahawa berAl Qur'an tu penting. Segala kalimah Allah kita perlu ambil pelajaran. Jangan duk baca dan buat2 tak tau je... sebagai contoh; Allah kata kita wajib menjalankan hukum2 yang disebut dalam Al Qur'an (24/1).... kita pun kata; ya, memang kita wajib tapi......tapi......mmmppphhh.
Kalu dah wajib sepatutnya takde la tapi-tapi lagi.

Lepas tu plak ada yang mengatakan, susahla belajar Al Qur'an ni, kalu orang Arab senangla... padahal Allah dah menjelaskannya dalam surah Maryam(19) ayat 97;
" Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan Al Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang membangkang."

Last skali untuk posting ni....surah Al Baqarah(2) ayat 121;
"Orang-orang yang telah diberikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang engkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

18 June 2005

Islam

Aku rasa ramai orang tak tahu atau tak ambik tahu atau buat2 tak tahu tentang Islam agama yang haq atau agama yang benar bermula sejak dari dulu lagi. Islam tidak pernah berubah. Agama Allah tidak pernah berubah. Sebenarnya Islam bermula dari Nabi Adam a.s. lagi dan diteruskan oleh para nabi-nabi dan rasul-rasul. Yang kebanyakkan kita tahu bahawa Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Aku nak bukak sikit ayat Al Qur'an dalam surah Ali Imran(3) dalam ayat 19;
"Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya."

Jadi melalui ayat ni pun dah jelas bahawa Allah hanya mengiktiraf agama Islam. Oleh itu, bukan Nabi Muhammad s.a.w. saja yang bawak Islam, nabi-nabi dan rasul-rasul yang yang terdahulu juga bawak Islam sebab agama Islam saja yang Allah sebut sebagai agama disisi-Nya.

Dalam surah yang sama Ali Imran(3) ayat 85 pun ada menjelaskan lagi;
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Mungkin ada yang tidak setuju dgn aku, tetapi nak diperjelaskan lagi, kita bukak pulak surah Al Hajj(22) ayat 78;
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim sejak dari dahulu,....."

sebenarnya ayat tu panjang lagi, tapi apa yang aku nak bagitau tentang ayat ni adalah, orang-orang yang menjadi pengikut Nabi Ibrahim a.s. pun Allah gelar mereka atau menamai mereka sebagai muslim. Jadi memang jelas benar kalu dah muslim tu, diorang tu orang Islam la kan?

Jadi orang2 zaman Nabi Muhammad s.a.w. tu memang orang2 Islam. Orang2 yang disebut jahiliyah tu memang orang Islam, orang2 yang dipangil musyrikin Mekah tu memang orang Islam, orang2 yang dipanggil kafir masa tu memang asalnya orang2 Islam.
Perkataan 'musyrikin' asalnya daripada 'syirik' yang membawa maksud menduakan Allah atau mentiga, mengempat...jadi memang betullah syirik ni berlaku pada orang Islam je sebab kalu bukan Islam mesti dah memang tak percaya Allah dan macam mana nak menduakan Allah kalu tak percaya Allah?

Kafir lak sebenarnya bermaksud 'Engkar' dan dalam konteks ni engkar pada ayat2 Allah. Jadi.. kena lah pada orang2 Islam gak sebab kalu bukan Islam, macam mana diorang nak tahu ayat2 Allah? dan macam mana nak engkar kalu tak tahu pasal ayat2 Allah? Tu la pasal yang jelas benar kafir pada zaman kita ialah orang2 Yahudi dan Nasrani sebab diorang dah tahu sgt pasal ayat2 Allah didalam Taurat dan Injil tapi diorang tak ikut ataupun diorang engkar. Tapi ada jugak orang-orang Islam yang dapat Al Qur'an tapi tak ikut ayat2 Al Qur'an........engkar.......

Aku nak tambah skit ayat2 Al Qur'an yang menunjukkan tiada perubahan yang berlaku pada agama Allah, Islam, sejak dari dulu lagi.

surah Al An'Aam ayat 83-90;
"Dan itulah hujjah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk kaumnya. Kami tingikan siapa yang Kami kehendaki beberapa darjat. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui." 6/83

"Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Ya'qub kepadanya. Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu telah Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) iaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik." 6/84

"dan Zakaria, Yahya, 'Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang soleh," 6/85

"dan Ismail, Ilyasa', Yunus dan Luth. Masing-masing Kami lebihkan darjatnya di atas umat (di masanya)." 6/86

"(dan Kami lebihkan pula darjat) sebahagian dari bapak-bapak mereka, keturunan mereka dan saudara-saudara mereka. Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul) dan Kami tunjukki mereka ke jalan yang lurus." 6/87

"Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan." 6/88

"Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmat(sunnah) dan kenabian. Jika orang-orang itu mengingkarinya (ketiga2 nya), maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya." 6/89

"Mereka itulah orang-orang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah: 'Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Qur'an) '. Al Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala umat." 6/90


Panjang lebar penjelasan tentang agama yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w. adalah sama je. Yang last skali aku nak juga bukakkan surah Ar Ruum(30) ayat 30;
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tiada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."

Fitrah tu maksudnya lebih kurang semulajadi la. Contohnya kalu bicara pokok durian. fitrahnya pokok durian itu apabila akarnya, akar durian; batangnya, batang durian dan buahnya, buah durian. mana buleh akar durian, batang rambutan buah pisang!! tak fitrah tu! Agama Islam ni dah memang semulajadi sejak dari nabi Adam a.s. lagi. Allah menciptakan manusia sesudah itu pun sama je Islamnya. Tiada perubahan langsung. Dan kalu bicara fitrah negara Islam lak... hukum(undang2) Islam, negara Islam dan umat Islam, barulah fitrah. tapi Malaysia?

08 June 2005

Doa Iftitah

Dalam solat 5 waktu, kita akan membaca doa Iftitah sebelum membaca Al Fatihah. tapi dalam sedar atau tidak sedar, doa iftitah yg kita dok baca selama ni tidak sama dengan ayat Al Qur'an yang sebenar... kenapa ye?
Aku sendiri pun tak tau, sebab apa yang kita baca sebenarnya mengikut apa yang diajar oleh cikgu2 kita ataupun mak bapak kita. Tapi kita kan dah akil baligh, dan berakal, jadi janganlah dok ikut kalu kita tak tau. Seperti Allah sebut dalam
surah Al Israa'(17) ayat 36;
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya"

Cuba kita baca bahagian akhir doa iftitah kita, dan bandingkan dengan petikan Al Qur'an dalam surah Al An'aam(6) ayat 162 & 163 yang berikut;



Cuba perhatikan perbezaannya, dan cuba fikirkan.... kitakah yang benar, atau ayat Al Qur'an kah yang benar??

03 June 2005

Bismillah II

Aku nak sambung lagi pasal bismillah ni... nak faham Allah yang pertama skali kita memang kena tahu sifat2 Allah iaitu dengan nama2 Allah. Lepas tu yang kedua pulak, untuk faham Allah, kita kena tahu kehendak Allah. Sebagai contoh yang paling senang la untuk orang faham pasal kehendak ni ialah ibu bapa kita. Bila kita dah kenal dan faham sangat dgn ibu bapa kita, mestilah kita dah tau apa kehendak diorang. Biasanya kita kenalah belajar rajin2, dengar nasihat diorang, sopan santun, jadi anak yg baik dan mcm2 lagi.

Untuk kita tahu kehendak Allah yang sebenarnya kita rujuk Al Qur'an. Dalam surah Adz Zaariyaat(51) ayat 56;
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"

Ayat diatas Allah sebut jin dan manusia. Jadi disebabkan kita ni manusia, kita wajib menyembah Allah. Dan itulah sebenarnya kehendak Allah. Tapi kebanyakkan manusia hari ni langsung tidak memerhatikan kalimah Allah ni. Banyak yang dok sembah berhala-berhala zaman moden yang kebanyakkan manusia tidak menyedarinya. Berhala ni ada banyak sebenarnya, cuma yang jelas ialah patung2. tapi sebenarnya berhala ni bukan dari jenis patung je, banyak lagi benda lain yang boleh dikategorikan sebagai berhala.

Aku definasikan berhala ni sebagai sesuatu benda atau perkara yang apabila ada manusia yang menghalakan dirinya pada benda atau perkara tersebut bukan kerana Allah dipanggil berhala. Buleh terima ke? boleh kot... pikirlah ape benda lagi yang boleh dikategori sebagai berhala.

Berbalik pada bab tadi... bila dah tahu kehendak Allah, yang ketiganya kenalah tahu macam mana nak sembah Allah pulak. Iaitu, cara yang sebenar untuk kita sembah Allah atau pun mengabdikan diri pada Allah. Surah Al Baqarah(2) ayat 208 ada menyebut cara Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Masuk Islam secara keseluruhan...? tapi ayat tu bagitau pada orang2 yang beriman? aik? Jadi sebenarnya orang2 yang beriman ni masih ada yang dok turut langkah2 syaitan. Belum lagi masuk Islam sepenuhnya. Jadi kena fikir balik macam mana keadaan diri kita sendiri.

Bila dah tahu sifat2 Allah, kehendak Allah, cara Allah; kita juga perlu ikut peraturan2 yang ditetapkan Allah atau aturan Allah. Yang ni penting nih, itu la pasal orang yang beriman tu belum lagi Islam sepenuhnya disebabkan; Surah An Nuur(24) ayat 1;
"(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum2 yang ada didalam)nya, dan Kami turunkan ayat-ayat yang jelas agar kamu selalu mengingatinya."

Hukum2 tu aturan Allah. Kalu kita kerja kat mana2 pun ada aturan2. Kerja masuk kul 9pagi, tapi kul 11pagi baru sampai. kalu sekali dua kali takpe lagi, tapi kalu berkali2 mesti kena buang kerja punya.
Allah dah mewajibkan aturan-Nya, sekali dua tak ikut mudah-mudahan Allah maafkan, tapi kalu dah berkali2 dok ikut aturan sendiri je... agak2 kena buang jugak ke? Manusia sendiri pun tak suka kalu dibuat aturan takde org ikut, inikan pula Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu. Pasti akan dilucutkan pegangan kita terhadap Islam. MasyaAllah!!

"Bismillah" = "Dgn nama Allah" = "Dgn faham Allah"
1. Sifat2 Allah
2. Kehendak Allah
3. Cara Allah
4. Aturan Allah