Petunjuk bagi Manusia yang Berfikir

"Baca dan Fahami Isi Kandung Al Qur'an"

30 May 2005

Bismillah

Pada posting yang lepas, aku telah mendapat komen yang pertama setelah menanti hampir 2 purnama. Alhamdulillah! jadi tanggapan aku tak salah kerana memang benar masih ada manusia yang benar2 berfikir dan mahu mengambil pelajaran. Aku sebenarnya dah berjanji pada aku sendiri, kalu ade org komen pasal posting aku ni, aku akan bongkarkan lebih banyak rahsia Al Qur'an yg kebanyakkan manusia tidak mengetahui. InsyaAllah!



Lafaz yg selalu kita dok baca bila nak memulakan sesuatu pekerjaan yang baik. tapi kekadang ade jugak org yang buat benda tak baik baca bismillah (aku rasa la...). Rasullullah s.a.w pernah bersabda dlm sebuah hadis yang bermaksud;
"Sesuatu perkara yang baik, yang tidak dimulai dengan bismillah, maka akan tertolak"

Jadi memang benar sangatla bismillah ni penting. Pada sesetengah org mungkin bismillah ni dah jadi satu rutin harian sebab dah biasa diamalkan. ade pulak yang baca bila time makan je. Ye lah, bila Allah dah kurniakan rezeki berupa makanan, baru nak ingat Allah.
Sebenarnya org tua kita pun selalu berpesan kalu nak buat apa2, baca bismillah dulu, takut2 nanti kita buat kerja dengan syaitan la pulak. Tapi kita kebanyakkannya ikut je pesan org tua kita tu, tapi tak mahu selidiki kenapa bismillah itu sangat2 penting dlm pekerjaan harian kita.

Kalu kita rujuk balik Al Qur'an, bismillah itu merupakan ayat pertama dalam surah Al Fatihah(Pembukaan). Tapi dlm surah2 lain ia hanyalah pembukaan surah dan bukannya ayat yang pertama kecuali surah At Taubah(Pengampunan) yang langsung tiada bismillah.
Aku rasa ramai yg tak tau pasal surah At Taubah(9) memang takde dan tidak didahului dengan bismillah. Kenapa ye? fikirkan.

Aku akan bongkarkan sedikit sahaja pasal bismillah ni supaya tidak timbul fitnah dikalangan manusia yang tidak dapat menerima peringatan aku. Aku akan ambik yang bismillah je.

"BISMILLAH" yg bermaksud Dengan (menyebut) nama Allah

Sebenarnya kalu dgn menyebut nama Allah saja memang tidak cukup untuk menggambarkan bismillah. Maksudnya lebih meluas dari itu. Jadi, cuba perhatikan "ISMI" @ "ISM". Sebenarnya inilah perkataan Arab yg ditiru oleh bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang membawa maksud FAHAM @ FAHAMAN. Contohnya, macam kita selalu dok sebut Nasionalism, Komunism dan mcm2 ism lagi yang membawa maksud Fahaman Nasionalis atau Fahaman Komunis dan mcm2 lagi yg seangkatannya.

Jadi, bismillah ni bukan sahaja bermaksud "Dengan nama Allah" je, tetapi juga "Dengan faham Allah". Kalu asyik dok sebut nama Allah je tetapi tak faham Allah rasa2 cukup ke? Jadi macam mana nak faham Allah? mmm....

Kalu nak faham Allah, pertama sekali kita mestilah tahu sifat2 Allah dan sifat2 Allah itu dapat kita ketahui "Dengan nama Allah" @ "Bismillah" iaitu Al Asmaa al Husna (99 nama2 Allah).

Beberapa nama2 Allah terdapat dalam Surah Al Hasyr(59) ayat 22-24:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

26 May 2005

Rukun Iman

Bicara rukun iman ini kalu kita ingat masa kita belajar dulu, rukun iman ade 6 perkara iaitu:
1. Percaya pada Allah
2. Percaya pada Malaikat2
3. Percaya pada Kitab2
4. Percaya pada Rasul2
5. Percaya pada Hari Kiamat
6. Percaya pada Qada' & Qadar
Tetapi kalu diperhatikan balik, betul ke yang aku catat kat atas tu rukun iman? atau sebenarnya Rukun PERCAYA?
Jadi perkara inilah yang aku nak tekankan pada posting aku kali ni.

Sebenarnya mereka2 yang terdahulu tu dah buat silap yang terlalu besar sehingga aku sendiri pun dulu dok rasa ape yang diajarkan pada aku dulu adalah benar belaka. Tapi bila dirujuk balik dalam Al Qur'an dan seperti yang pernah aku bagitau dalam posting yang lepas bahawa, kita ni jangan dok ikut sangat apa yang telah di perbuat oleh nenek moyang kita kerana kita dah Akil Baligh (Berakal) dah. Dah boleh pikir sendiri dan boleh bezakan sendiri apa yang baik dan apa yang tak baik.

Bebalik pada rukun iman tadi, sepatutnya rukun iman yang patut kita praktikkan ialah seperti yang dijelaskan dalam Surah Al Baqarah(2) ayat 285;
"Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): 'Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun dari rasul-rasulNya', dan mereka mengatakan: 'Kami dengar dan kami taat'. (Mereka berdoa): 'Ampunilah kami ya Rabb kami dan pada Engkaulah tempat kami kembali'."

Dalam ayat diatas hanya ada 4 perkara saja. Perkara kelima diperjelaskan dalam banyak ayat dalam Al Qur'an, tapi aku nak ambik satu je yang aku rasa sesuai iaitu dalam Surah Al Qiyaamah(75) ayat 1 & 2:
"Aku bersumpah dengan hari kiamat, dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (diri sendiri)"

Perkara keenam pula sebenarnya adalah mengikut Hadith Rasulullah.
Oleh itu sebenarnya rukun iman ni memang sesuai dengan namanya dan patut dikabarkan dengan cara seperti berikut:
1. Beriman pada Allah
2. Beriman pada Malaikat2
3. Beriman pada Kitab2 (Taurat, Zabur, Injil & Al Qur'an)
4. Beriman pada Rasul2 (25 rasul)
5. Beriman pada Hari Kiamat
6. Beriman pada Qada' & Qadar
Barulah benar rukun tu adalah rukun iman... habis satu perkara.

Kemudian timbullah pulak satu perkara lain iaitu, macam mana pulak nak beriman ni? kalu dulu kita dok pakai rukun percaya senang je....percaya je.....

Jadi kat sini, mari kita rujuk balik apa sebenarnya maksud beriman. Kalu dulu kat sekolah pun ade ajar (aku rasa la) maksud beriman ni ialah;
Beriman = bertekad dgn hati, lafaz dgn lidah, perbuat/beramal dgn perbuatan.

Mmmmm.....sukar jugak sebenarnya nak beriman ni, 3 unsur yang perlu di lakukan. Jadi, kat sini aku nak jelaskan bahawasanya, untuk menjadi orang beriman dan mengikut syarat2 orang beriman iaitu rukun iman amat mudah, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.
Kalu dok perhati keenam-enam perkara dalam rukun iman itu kita dapati bahawa perkara 1, 2, 4, 5, 6 semuannya adalah perkara ghaib. Iaitu, kita tak nampak langsung. Nak dibayangkan pun tak boleh. Kalu orang2 zaman Rasulullah2 dulu, diorang buleh tengok Rasul2 tapi kalu sekarang? takkan diorang je yang nak beriman pada Rasul2Nya? kita?

Oleh itu, kita sebenarnya mesti dan wajib beriman pada perkara yang nyata dahulu iaitu beriman pada kitab2. Dan pada zaman kita ni, kitab yang benar2 nyata hanyalah kitab Al Qur'an. Daripada Al Qur'an sebenarnya kita lebih mudah untuk beriman kepada 5 perkara yang ghaib tadi, sebabnya Al Qur'an merupakan Kalamullah. Kalu kita beriman pada Al Qur'an bermaksud kita beriman pada Allah sebab ayat2 Al Qur'an semuanya dari Allah. Dan Al Qur'an juga menjelaskan tentang malaikat2, tentang kitab2, tentang rasul2 dan tentang hari kiamat. Qada'&Qadar pula adalah haidth Rasulullah, jadi kalu dah beriman pada Allah dan rasul, automatiklah beriman pada Qada'&Qadar.

Pokoknya, kita mestilah beriman pada Al Qur'an, perkara yang benar2 nyata. Lafazkan ayat2 Al Qur'an dgn lidah, Fahami Al Qur'an dgn hati dan laksanakan atau amalkan segala isi Al Qur'an dgn perbuatan.
InsyaAllah!